Penubuhan Pasukan 305 Bn Inf AW adalah berbeza dengan penubuhan pasukan batalion Siri 300 yang lain. Batalion ini hanya mengandungi empat Kompeni Repal dan tidak sebagaimana batalion Siri 300 lain yang mempunyai enam Kompeni Repal, tetapi dari aspek platun, setiap Kompeni Repal mempunyai empat platun, iaitu sama dengan batalion Siri 300 yang lain. Keanggotaan batalion adalah terdiri dari 25 % anggota tetap dan 75% anggota kerahan.
Anggota neukleus penubuhan 305 Bn Inf AW adalah terdiri daripada 124 anggota kerahan iaitu 2 x Pegawai dan 122 x anggota LLP yang sedia ada di Kem Bukit Kayu Hitam dengan tugas pengawalan dan pengawasan terhadap keselamatan pekerja di Komplek Kastam dan Imigresen. Setelah penubuhannya dikuatkuasakan pada 1 Oktober 1980, beberapa pegawai tetap telah komited dengan penubuhan pasukan ini.