SEJARAH PASUKAN


ASAL USUL PENUBUHAN


Pada peringkat awal penubuhan 305 Bn Inf AW di Kem Bukit Kayu Hitam hanyalah merupakan bunker, pertahanan untuk 2 orang. Penubuhan pasukan adalah khusus untuk menjaga keselamatan pekerja dan mengawasi Kompleks Kastam dan Imigresen Bukit Kayu Hitam yang diletak terus di bawah pemerintahan dan kawalan Markas 6 Briged.

Pada awal tahun 1980, apabila mendapat sumber kewangan melalui Jawatan Kuasa Perancang Gerakan (JPG) maka barulah pembinaan bangunan sementara yang lebih selesa didirikan oleh Pasukan Jurutera Tentera Darat.

Mesyuarat koordinasi pertama bagi penubuhan pasukan telah diadakan di Bilik Gerakan SOLB KEMENTAH pada 5 Disember 1980 di bawah anjuran Jabatan arah Askar Wataniah. Setelah segala perancangan di persetujui dan keputusan dibuat, maka tarikh penubuhan pasukan ini ditetapkan pada 1 Oktober 1980 dengan kekuatan 3 pegawai dan 121 anggota Lain- lain Pangkat.

Batalion Ke 5 Rejimen Sempadan adalah merupakan salah satu Batalion Infantri yang lahir dari 305 Batalion Infantri Askar Wataniah di dalam Tentera Darat. Sejak ianya ditubuhkan, banyak peristiwa dan sejarah telah berlaku dan dapat dijadikan kenangan serta kebanggaan pasukan.

Pasukan ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Oktober 1980. Asal usul penubuhannya adalah bermula pada akhir 1977 apabila satu kompeni repal terdiri daripada pegawai dan anggota kerahan sepenuhmasa Askar Wataniah dari Pusat Kawalan Sasaran Penting Markas 6 Bgd yang berpengkalan di Sungai Petani, Kedah.  Penubuhan pasukan ini adalah khusus untuk menjaga keselamatan pekerja dan mengawasi Komplek Kastam dan Imigresen Bukit Kayu Hitam. Nombor taktikal penubuhan pasukan adalah 865.